• Menggeletar Lihat Mayat

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+

    KUANTAN: “Badan saya menggeletar hingga hampir pengsan melihat lelaki itu (mangsa) meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bertembung dengan kereta Perodua Alza dipandu saya,” kata Nur Hidayah Abdullah, 22, selepas terbabit kemalangan maut di Jalan Sungai Soi, berhampiran Kompleks Asnaf, di sini, kelmarin.

    Dalam kejadian jam 1.55 tengah hari mangsa, Ali Sulong, 58, berasal dari Kampung Pahang Soi, di sini, yang tidak memakai topi keledar menunggang motosikal Honda Wave meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan dada.

    Rakan Nur Hidayah yang juga penumpang depan, Nik Nurul Shazwani Mohd Shukri, 22, berasal dari Kampung Alor Batu, Jabor, cedera di pergelangan tangan kiri dan mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, sebelum dibenarkan pulang.

    Nur Hidayah yang tinggal di Semambu Baru, berkata, sebelum kejadian, dia bersama Nik Nurul Shazwani dalam perjalanan melawat rakannya di Hospital Pekan, Pekan.

    Dakwanya, ketika tiba di tempat kejadian, dia terkejut melihat mangsa yang menunggang melawan arus menyeberangi jalan secara mengejut dan dia cuba mengelak namun gagal.

    Katanya, dia kemudian berhenti di tepi jalan dan menarik rakannya keluar sebelum melihat mangsa terbaring di atas jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Menggeletar Lihat Mayat "