• Mark Zuckerberg Pertahan FB, Nafi Dakwaan Anti-Trump

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+


    CALIFORNIA – Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, semalam mempertahankan peranan syarikatnya dalam pilihan raya Amerika Syarikat dan menafikan tweet kritikal daripada Presiden Donald Trump bahawa rangkaian sosial itu menentangnya.

    Zuckerberg mengambil sikap bertahan sejak beberapa minggu lalu berhubung pendedahan ejen Russia membeli iklan dalam Facebook dan menghasilkan akaun palsu untuk menyemarakkan ketegangan politik di AS menjelang pilihan raya presiden 2016.

    Dalam kiriman di Facebook semalam, Zuckerberg, berkata Trump dan golongan liberal kecewa mengenai idea dan kandungan Facebook ketika kempen.

    “Ini caranya mengendalikan platform untuk semua idea,” katanya semalam.

    Zuckerburg mengaku kempen 2016 adalah yang pertama di AS, menyaksikan internet menjadi cara utama calon berkomunikasi dan berkata kemampuan calon dan pengundi berinteraksi adalah satu perkara baik.

    Beliau juga merujuk usaha ‘memujuk untuk keluar mengundi’ yang menarik hampir dua juta penduduk untuk mendaftar.

    Semalam, tweet Trump mengkritik Facebook sebagai ‘anti-Trump’ dan menyatakan ia boleh bersubahat dengan media lain yang menentangnya. – Reuters/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Mark Zuckerberg Pertahan FB, Nafi Dakwaan Anti-Trump "