• Mampukah Pemimpin PH Terima Idea Rakyat?

    Published: Thursday, 21 September 2017
    A- A+
    Parti pembangkang di Malaysia masih berada dalam keadaan yang sama sejak dari dahulu lagi. Dari bergerak sendirian kemudian menubuh Pakatan Rakyat tidak pernah berubah langsung. Kini bernaung di bawah Pakatan Harapan walaupun PAS keluar dan di ganti PPBM, ketidaksepakatan antara mereka menyebabkan pembangkang masih tidak berubah.

    Hanya strategi sahaja berubah iaitu lebih menyerlah menimbulkan propaganda serta politik menghasut untuk membenci kerajaan. Di pentas ceramah, pembangkang tetap berceramah menyalah kerajaan dan tidak pernah pula memberi peluang untuk rakyat mengaju soalan atau idea. Ini menunjukkan pemimpin pembangkang lebih fokus kepada politik sepanjang masa.

    Namun sebaliknya berlaku kepada Barisan Nasional. Pentas ceramah lebih menumpukan dasar-dasar untuk kepentingan rakyat di masa hadapan. Perancangan pembangunan didedah kepada rakyat agar segala bentuk pembangunan rakyat akan terlaksana dengan mudah. Perjuangan mensasarkan pelbagai bentuk pembangunan harus diketahui oleh rakyat.

    Malah Barisan Nasional terus berubah, membaiki kelemahan untuk menjadikan pelaksanaan beragendakan rakyat semakin bertambah baik. Kini BN terus melangkah ke hadapan dengan melibatkan rakyat sekaligus sebagai pencetus idea terbaik untuk melaksanakan pembangunan mengikut idea-idea bernas dari rakyat.

    Samada pemimpin PH mampu atau tidak menerima idea dan kritikan rakyat, lihat sahaja apa yang berlaku pada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tun Mahathir, siapa saja yang mengkritik kepimpinan akan menerima padahnya.

    Sementara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib bijak mencatur ruang untuk rakyat bersuara dengan menyediakan platform yang mudah bagi rakyat menyumbangkan idea. Ini terbukti berkesan apabila 13000 idea rakyat digunakan dalam pembentangan bajet 2018 akan datang.

    Berbeza pula dengan pembangkang yang belum bersedia untuk berinteraksi dengan rakyat walaupun tiga negeri di kuasai pembangkang. Malah pelbagai masalah timbul dan rakyat sukar untuk menyuara kepada kerajaan pembangkang sehingga rakyat terpaksa membuat demo atau piket bagi meluahkan segala bentuk permasalahan. 

    Ini menunjukkan jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya, adakah pembangkang (PH) mampu menerima idea bernas dari rakyat ?

    Subjects:

  • No Comment to " Mampukah Pemimpin PH Terima Idea Rakyat? "