• Mampukah PBDSB Mempengaruhi PH Isu Penggiliran Jawatan Perdana Menteri?

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+
    Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) melalui kenyataan Pemuda PBDSB Rapelson Richard Hamit menyentuh berkemungkinan parti tersebut akan menyertai Pakatan Harapan (PH) bagi menentang Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) nanti.

    Menurut Rapelson, penyertaan bersama PH beragenda memperjuangkan hak-hak Sarawak yang terhakis oleh pusat selama ini. Malah beliau turut mencadangkan agar dilaksanakan penggiliran jawatan Perdana Menteri agar Sarawak turut ‘merasa’ jawatan tersebut.

    Persoalannya kini mampukah PBDSB mempengaruhi PH agar segala yang dicadang oleh parti tersebut diterima oleh PH ?

    PH bukan seperti yang diharapkan PBDSB kerana dalam PH sendiri berkecelaru soal pilihan siapa akan menjadi Perdana Menteri jika menang PRU14. Sehingga kini tiada satu pun keputusan jitu yang mampu PH buat kerana setiap parti komponen dalam PH mempunyai calon Perdana Menteri yang tersendiri.

    Untuk mendapat samarata pun PH tidak dapat laksanakan dan contoh terdekat adalah DAP Sarawak sendiri yang tidak memberi peluang langsung terhadap Dayak dalam jawatankuasa tertinggi parti.

    Mampukah PH memperjuangkan Dayak seperti yang dimahukan PBDSB.

    Hakikatnya, agenda memperjuangkan Dayak oleh PH hanya retorik yang mempunyai agenda untuk meraih sokongan semata-mata. Berkemungkinan PBDSB hanya bersuara sendirian tanpa didengari oleh PH.- A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Mampukah PBDSB Mempengaruhi PH Isu Penggiliran Jawatan Perdana Menteri? "