• Malaysia, negara Mahathir yang telah gagal dan bankrup

    Published: Monday, 11 September 2017
    A- A+
    Tulisan asal oleh:
    Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 10 September 2017

    Ya, itulah yang Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin pembangkang ingin kita percaya: Malaysia adalah negara yang telah gagal dan bankrup.

    Saya tidak akan membahaskan ekonomi dan statistik keseluruhan isu itu (saya akan membenarkan blogger seperti LSS yang lebih pakar dalam bidang itu untuk membincangkan tentang perkara) tetapi Malaysia sebenarnya bertentangan dengan negara yang telah bankrup dan gagal. Terdapat kriteria tertentu yang perlu dipenuhi untuk sesebuah negara itu menjadi gagal dan Malaysia pastinya tidak memenuhi kriteria ini. Mungkin seseorang harus membaca mengenai definisi 'negara gagal' sebelum mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah negara yang gagal.

    Apa-apa pun, jikalau benar pun Malaysia adalah negara yang gagal, atau negara yang bankrup dan gagal, ia tidak boleh berlaku semalaman. Britain mengambil masa bertahun-tahun lamanya kerana dasar kebajikannya untuk menjadi seperti hari ini (kemusnahan Britain bermula pada 1960-an). Sepanyol, Portugal, Greece, Itali, dan lain-lain mengambil masa berdekad-dekad dalam salah urus dan dasar yang teruk untuk menjadi bankrap. Anda tidak boleh sampai ke tahap ini semalaman atau bahkan dalam lapan tahun Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

    Ia seperti perkauman. Malaysia mengambil masa selama dua generasi dalam dasar yang teruk sejak 1960-an untuk mencapai tahap yang telah dicapai sekarang. Malaysia tidak menjadi bersifat perkauman dalam masa hanya 12 tahun selepas Merdeka (maksudnya dari 1957 hingga 1969). Ia telah bermula sejak tahun 1945, dan malah sebelum itu lagi, dan ia hanya menunggu untuk meledak. Apa yang diperlukan hanyalah percikan api dan pemuda Umno yang mahu bermain kad perkauman untuk menyingkirkan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman menyediakan percikan itu.

    British memerintah British India melalui dasar pecah dan perintah. Itulah sebabnya beribu-ribu orang British dapat mengawal negara dengan populasi 300 juta orang India. Mereka melakukan perkara yang sama di British Malaya. Orang Melayu, India dan Cina telah dipisahkan dan tidak pernah hidup sebagai satu. Orang Melayu diasuh di sekolah-sekolah British supaya mereka boleh menyertai perkhidmatan awam manakala orang Cina pergi ke sekolah Cina dan menjadi usahawan.

    Jadi, sementara orang Melayu mentadbir kerajaan (dan juga tentera dan polis), orang Cina menjalankan ekonomi. Itulah pelan induk British kerana Melayu-Cina Malaya yang bersatu padu adalah tidak baik untuk perniagaan - kerana mereka akan mengimpikan kemerdekaan dari Britain. Semasa pendudukan Jepun pada 1941-1945, perpecahan kaum ini semakin menjadi-jadi apabila orang Jepun memaksa orang Melayu untuk tidak mempercayai orang Cina - dan kemudian memberitahu orang Cina bahawa mereka 'dijual' oleh orang Melayu.

    Apabila Jepun menyerah kalah pada bulan September 1945, selama dua minggu Malaya tidak mempunyai kerajaan dan orang Cina terus mengamuk membunuh semua 'kolaborator' Jepun yang kebanyakkannya adalah orang Melayu. Ramai orang yang tidak bersalah juga dibunuh atas tuduhan menjadi kolaborator Jepun. Sebenarnya ia adalah pembunuhan bersifat balas dendam yang disamar sebagai pembunuhan kolaborator Jepun.

    Saudara-mara saya adalah antara mereka yang dibunuh orang Cina dan sebab utamanya adalah kerana mereka adalah ahli keluarga diraja yang ‘tidak disentuh’ oleh orang Jepun (orang Jepun adalah ‘berlembut’ terhadap ahli keluarga diraja kerana mereka melihat keluarga diraja mereka sendiri sebagai ‘tuhan’). Jadi orang Cina menghukum orang-orang yang mereka panggil 'kolaborator' dengan membunuh mereka dan di kalangan 'kolaborator' itu adalah golongan elit Melayu yang dihormati oleh orang Jepun.

    Ramai yang terpaksa bersembunyi (Onn Jaffar adalah salah seorang daripada mereka) dan hanya boleh kembali ke rumah mereka selepas British kembali dua minggu kemudian. Selalunya ramai orang Melayu tidak mempercayai orang Cina kerana mereka melihat kelakuan orang Cina semasa dua minggu Malaya tidak mempunyai kerajaan di mana orang Cina bertindak sangat kejam terhadap orang Melayu. Jadi, rusuhan kaum 13 Mei 1969 bukan bermula semalaman tetapi merupakan warisan zaman pra-perang sejak sebelum tahun 1941. Ia mungkin telah meletup pada Mei 1969 tetapi ia telah dimulakan sejak 1850-an ketika British pertama kali membawa orang Cina ke Malaya dan membahagikan Malaya ke dalam Melayu Malaya dan Cina Malaya.

    Kemudian 1945 mengajar orang Melayu bahawa orang Cina tidak akan teragak-agak untuk membunuh orang Melayu jika mereka adalah kerajaan (dan selama dua minggu pada bulan September 1945 orang Cina adalah 'kerajaan' ketika menunggu kepulangan British). Jadi ia tidak berlaku semalaman. Ia mengambil masa beberapa dekad untuk berlaku. Ini bermakna jika Malaysia adalah negara yang gagal, maka ia harus bermula sejak Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

    Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju bahawa Mahathir adalah pengurus ekonomi yang teruk dan kebanyakkan yang dilakukannya adalah salah. Sebaik sahaja Mahathir mendapat idea, beliau mahu ia dilaksanakan dan beliau tidak peduli jika para pakar memberitahu beliau sebaliknya. Mahathir dinasihatkan untuk tidak menceburi industri pembinaan kapal, keretapi, dan kereta, tetapi beliau tetap melakukannya. Mahathir diberitahu bahawa Malaysia tidak boleh menjadi seperti Jepun kerana bilangan penduduknya yang terlalu kecil dan tidak dapat menyokong perbelanjaan domestik maka beliau memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka mesti mempunyai lima anak setiap keluarga supaya Malaysia dapat mencapai 70 juta penduduk.

    Persoalannya ialah jika Malaysia mempunyai populasi 70 juta, adakah ia bermakna negara akan menjadi kaya seperti Jepun? Penduduk Filipina berjumlah 100 juta sementara Indonesia adalah 260 juta. Menggunakan logik Mahathir mereka harus lebih kaya daripada Jepun. Sebaliknya Malaysia dengan hanya 32 juta orang adalah lebih kaya.

    Mahathir sama sekali tidak tahu mengenai ekonomi tetapi beliau membuat keputusan penting mengenai perkara itu. Pernah Mahathir meminta MARA untuk membuka francais dan mengeksport sate ke sebanyak negara yang mungkin. Mahathir secara peribadi membuat kertas kerja dengan orang yang berkenaan. Beliau mahu Satay Ria menjadi lebih besar daripada KFC dan McDonald dan dijual di setiap bandar di setiap negara di seluruh dunia.

    Masalahnya, cara sate disediakan tidak dapat memenuhi piawaian makanan, kesihatan dan keselamatan kebanyakan negara. Malahan, walaupun kedai-kedai Mamak yang sangat disukai rakyat Malaysia juga akan ditutup oleh majlis-majlis tempatan di UK kerana mereka begitu kotor. Jadi, selepas kajian yang panjang dan beberapa mesyuarat dan perbincangan, idea untuk mengeksport sate Malaysia dibatalkan kerana ia tidak akan berhasil.

    Mahathir meminta Proton untuk membeli MV Agusta kerana, menurutnya, Proton boleh menggunakan teknologi enjin motosikal mereka untuk mengeluarkan kereta kecil yang akan berharga sama seperti harga motosikal. Jadi Proton membeli sebuah syarikat motosikal supaya ia boleh mengeluarkan kereta kecil yang kosnya sama seperti untuk mengeluarkan motosikal. Itulah logiknya. Pelaburan itu terbukti adalah satu bencana dan terpaksa dijual pada harga kira-kira RM4 atau jika tidak beratus juta akan diperlukan untuk memastikannya terus bertahan.

    CV Mahathir penuh dengan logik yang pelik yang mengakibatkan bencana. Beliau menghasilkan idea yang tidak masuk akal dan kemudian memberitahu orangnya untuk melaksanakannya. Tidak ada sesiapa yang berani memberitahu Mahathir bahawa beliau salah dan idea itu tidak akan berhasil kerana ia akan membuatkannya marah dan beliau akan memecat anda, memindahkan anda, menurunkan pangkat anda, atau apa sahaja. Jadi mereka melakukannya sahaja sambil mengata di belakang Mahathir bahawa lelaki tua itu sudah gila.

    Jadi, adakah Malaysia benar-benar akan bankrap dan adalah negara yang gagal, seperti yang dikatakan oleh Mahathir dan pembangkang? Kalau begitu, kita perlu melihat kembali pada 30-40 tahun yang lalu dan bertanya siapa yang bertanggungjawab pada masa itu dan yang menyebabkan Malaysia menjadi negara bankrup yang gagal. Siapa yang cuba mengawal pasaran timah? Siapa yang cuba mengawal pasaran forex? Siapa yang bermimpi menjadikan Satay Ria lebih besar daripada KFC dan McDonald?

    Anda tidak boleh menjadi negara yang gagal dalam masa lapan tahun Najib menjadi Perdana Menteri. Ia mengambil masa 30-40 tahun pengurusan yang teruk untuk mencapai tahap itu. Jadi, Mahathir patut kurangkan bermain mantra 'Malaysia telah menjadi negara yang gagal’ kerana ia akan merujuk kepadanya kembali. Malah, banyak yang dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah untuk membaiki kerosakan yang ditinggalkan oleh Mahathir. Dan pembangkang tahu ini, sebab itulah mereka sangat takut. Jika tidak mengapa pembangkang memberitahu pengundi bahawa 6% GST adalah lebih teruk daripada 16% SST yang digantikannya?

    Link asal artikel:
    http://www.malaysia-today.net/malaysia-mahathirs-bankrupted-failed-state/

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia, negara Mahathir yang telah gagal dan bankrup "