• Malaysia Boleh Bawa Dunia Bertindak Terhadap Myanmar

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    Malaysia boleh berperanan membawa dunia bertindak terhadap Myanmar dan tidak hanya membiarkan negara itu berselindung di sebalik polisi urusan dalam negara.

    Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kini Myanmar berdegil sehingga menutup akses kepada Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) dan semua agensi kemanusiaan di negara itu.

    Katanya, MAPIM menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, segera bertindak dalam usaha menghentikan penghapusan etnik Rohingya yang kini sedang berjalan di utara Rakhine Myanmar oleh tentera dan pelampau agama di sana.

    "Apakah ASEAN harus mendiamkan diri padahal Myanmar mendapat manfaat daripada perdagangan dalam rantau ini. Myanmar juga adalah penandatangan Deklarasi Asean mengenai Hak Manusia,"

    "Kami menyeru perhimpunan besar-besaran sekali lagi diadakan untuk menunjukkan solidariti bersama etnik Rohingya bersama NGO dan media,” katanya dalam kenyataan media hari ini.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Boleh Bawa Dunia Bertindak Terhadap Myanmar "