• Mahu Pek Rokok 10 Batang Diperkenalkan

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    Satu memorandum menyokong pengenalan pek rokok 10 batang akan dihantar ke pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya petang ini.

    Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA) Ho Su Mong berkata, ia dibuat hasil persetujuan bersama tiga lagi persatuan peniaga iaitu Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Peniaga-peniaga Barang-Barang Runcit Malaysia yang berpendapat ia perlu dilaksanakan demi kebaikan bersama.

    Katanya, pihaknya merasakan wujud keperluan itu berdasarkan dua aspek iaitu perniagaan dan kesihatan pengguna ketika isu berkenaan mula menjadi tumpuan kebelakangan ini.

    "Aktiviti rokok seludup memudaratkan negara dari pelbagai aspek dan bukan saja mengenai perniagaan. Ia menjejaskan sosio ekonomi dari pelbagai lapisan masyarakat dan kami perlukan satu penyelesaian sekarang.

    “Kita memahami sentimen bahawa ada yang menyokong dan tidak cadangan kepada kerajaan ini. Tetapi pertimbangan yang sewajarnya patut diberikan dalam hak ini,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Mahu Pek Rokok 10 Batang Diperkenalkan "