• Mahkamah Khas Di Filipina Arah Tangkap Nur Misuari

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+

    MANILA: Sebuah mahkamah khas di Filipina mengarahkan Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Nur Misuari ditangkap berkaitan tuduhan rasuah ketika dia menjadi Gabenor Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARMM).

    Satu resolusi yang dikeluarkan pada 31 Ogos lalu meminta mahkamah antirasuah mengeluarkan waran tangkap terhadap Misuari dan beberapa bekas pegawai ARMM.

    Dokumen itu merujuk kepada penyelewengan membabitkan pembelian bahan pembelajaran bernilai 115 juta peso (RM9.58 juta) yang diluluskan pentadbiran Misuari dari 2000 hingga 2001.

    “Mahkamah mendapati terdapat sebab bagi mengeluarkan waran tangkap kepada semua tertuduh.

    “Waran tangkap dikeluarkan terhadap Nur Misuari, Leovigilda Cinches, Pangalian Maniri, Sittie Asia Usman,” kata resolusi itu.

    Misuari didakwa dengan tiga tuduhan rasuah dan bersubahat dengan pegawainya dalam memberi keuntungan tidak sah, kelebihan dan keistimewaan kepada tiga syarikat swasta.

    Siasatan mendapati tiada bahan pembelajaran yang diserahkan oleh tiga syarikat percetakan berkenaan.

    Kesemua tertuduh juga didakwa bersubahat mengambil dan menyeleweng wang untuk membeli barangan pembelajaran berkenaan. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Mahkamah Khas Di Filipina Arah Tangkap Nur Misuari "