• Mahkamah arah KJ bayar Anwar

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+
    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Ketua Pemuda UMNO, Khairuddin Jamaluddin membayar ganti rugi am sebanyak RM150,000 kerana menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sembilan tahun lalu.

    Hakim Azizul Azmi Adnan berkata dakwaan yang dibuat oleh Khairy yang menyebut ‘Anwar main dua-dua ikut belakang’ adalah serius dan memfitnah plaintif.

    Beliau bagaimanapun tidak memberikan pampasan bagi ‘ganti rugi teruk’ kerana menolak kewujudan niat jahat disebalik kenyataan Khairy.

    Azizul juga tidak memberikan permohonan perintah injunksi bagi melarang Khairy mengulangi kata-kata itu memandangkan ianya diucapkan dalam insiden sembilan tahun lalu.

    Selain itu, Menteri Belia dan Sukan itu juga perlu membayar kos RM60,000 kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang sedang berhadapan hukuman lima tahun di PenjaraSungai Buluh atas kesalahan meliwat.

    Anwar memfailkan saman RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada Khairy berikutan ucapan Ahli Parlimen Rembau itu pada 2008 semasa melancarkan jentera pilihan raya BN Lembah Pantai menjelang pilihan raya umum ke-12.

    Ketua Umum PKR itu mendakwa ucapan Khairy mengambaran bahawa beliau seorang yang homoseksual.

    Khairy sebelum ini berhujah bahawa ucapan beliau bermaksud untuk menunjukkan bagaimana pembangkang yang kemudiannya menjadi Pakatan Rakyat hanya ‘perkahwinan singkat’.- BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " Mahkamah arah KJ bayar Anwar "