• Mahathir Menubuh, Mahathir Juga Akan Meroboh

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+
    Tun Mahathir tiba-tiba sahaja menjadi orang penting dalam Pakatan Harapan (PH) sejak penubuhan parti politik beliau sendiri yakni PPBM. Dengan penyertaan PPBM ke dalam pembangkang turut mengangkat nama Mahathir sebagai penggerak perjalanan politik pembangkang bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan datang. Mahathir menjadi harapan PH untuk meneruskan agenda menawan Putrajaya yang diidam oleh PH selama ini.

    Kejayaan Mahathir menubuh PPBM memang hebat memandangkan parti tersebut kononnya telah mempunyai ahli seramai satu juta yang tidak pula didedah oleh kepimpinan parti tersebut. Kalau dari segi mata kasar, setiap kali turun berhimpun memanglah ramai tetapi hakikatnya tidak diketahui berapa jumlah sebenar ahli tersebut. Itu hanya yang dilihat tanpa pendedahan sebenar.

    Namun sejak akhir-akhir ini, dilihat ramai pula ahli PPBM mula keluar dari parti dengan alasan tidak puas hati dengan kepimpinan Mahathir yang lebih beragenda untuk keluarga dan bukan untuk rakyat, kerana Mahathir mempunyai agenda peribadi dalam penubuhan PPBM.

    Kecelaruan dalam parti itu semakin sukar dikawal walaupun Mahathir di sanjung oleh PH. Berlaku pelbagai masalah dalaman parti yang menampakkan kepincangan pemimpin PPBM dalam mentadbir parti dan sukar menyatukan ahli walaupun teras parti tersebut adalah BERSATU.

    Mahathir memang hebat bab mencari pengaruh untuk mengikuti beliau dan hebat membuat kecelaruan sebagaimana beliau dalam UMNO dahulu. Kini beliau menubuh PPBM yang semata-mata mahu menjatuhkan Najib tetapi tidak mustahil beliau juga mampu meroboh PPBM apabila dalam tempoh lebih setahun semakin ramai ahli yang keluar parti

    Subjects:

  • No Comment to " Mahathir Menubuh, Mahathir Juga Akan Meroboh "