• Mahathir Gelisah Esok Bila Anwar Dipanggil

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+
    Duit Bank Negara sah hilang. Puluhan billion yang hilang. Bukan satu orang yang sahkan, sudah beberapa orang termasuklah bekas Gabenor Bank Negara.

    Pada hari pertama pendengaran RCI Skandal Forex, Abdul Aziz Abdul Manaf, bekas staff Bank Negara beritahu RCI Skandal Forex bahawa Bank Negara itu sah kehilangan  RM31.516 billion antara tahun 1991 ke tahun 1994.

    Hari ini, Tan Sri Zeti, bekas Gabenor Bank Negara sahkan lagi kehilangan puluhan billion wang dari Bank Negara itu.

    Menurut Zeti, Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian dalam urus niaga mata wang asing berjumlah RM32.074 bilion antara 1988 sehingga 1994 selepas mengambil kira keuntungan RM2.473 bilion pada 1990.

    Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata angka itu diperoleh berdasarkan maklumat laporan Accounting Treatment Of Losses Arising from Active Reserve Management 1988-1984 bertarikh 18 April 2007.

    Zeti mengarahkan bekas Pengurus Akaun BNM, Abdul Aziz Abdul Manaf, menyediakan laporan itu pada 2007 ketika menjawat jawatan sebagai gabenor.

    Esok, Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan dijangka akan dipanggil untuk beri keterangan kepada pihak suruhanjaya siasatan skandal forex di Putrajaya.

    Apakah esok Anwar akan bercakap perkara yang sama atau berbohong demi menyelamatkan tengkuk Mahathir? Apakah Anwar akan beri kenyataan lain bercanggah dengan kenyataan Datuk Murad?

    Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara mengesahkan bahawa Menteri Kewangan pada ketika itu iaitu Anwar Ibrahim memberitahu bahawa dia mungkin akan kena letak jawatan jika kerugian sebenar diketahui.

    "Pada awal tahun 1994, saya diarah oleh Gabenor untuk memberi penjelasan mengenai kerugian mata wang asing kepada Anwar, yang ketika itu Menteri Kewangan, ketika kami dalam penerbangan ke Hawaii" kata Abdul Murad.

    Malah Murad menyifatkan Skandal Forex pada zaman Mahathir itu jika didedahkan akan menjadi satu skandal terbesar dalam sejarah perbankan dunia.

    Kehadiran Anwar esok untuk menjadi saksi RCI Skandal Forex cukup meresahkan Mahathir. Tidak tidur lena dibuatnya Mahathir malam ini. Musuh lamanya yang pernah dipanggil peliwat itu kini adalah sekutu rapatnya dalam Pakatan Harapan. Tapi esok belum tentu lagi, apa sahaja boleh berlaku.

    Bagi Anwar, dia boleh sahaja menceritakan perkara sebenar esok. Tiada apa apa kerugian bagi Anwar. Mungkin esok, Anwar pula akan balas dendam dan palit arang memalukan di muka Mahathir.

    Siapa yang tahu? Melihat situasi terkini dalam PKR tentang hubungan PAS dengan Pakatan Harapan. Dari dalam penjara, Anwar nampaknya lebih cenderung mahu rujuk dengan PAS berbanding menerima dua kawan baru iaitu PAN dan PPBM, parti tajaan Mahathir.

    Mahathir pula masih berkeras mahu bersama DAP demi perjanjian sulit menjadikan anaknya sebagai PM. Mahathir juga dilihat tidak setuju Anwar menjadi Perdana Menteri bila enggan angkat plakad "Anwar PM ke 7" di Konvensyen PKR.

    Bagi Anwar, esok adalah hari terbaik untuk balas dendam lamanya pada Mahathir yang pernah dianggapnya sebagai ular yang berkepala dua. Kalau Anwar memilih untuk berbohong esok, maka selamatlah Mahathir.

    Namun rakyat akan menilai sendiri siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong. Zaman untuk menyembunyikan semua benda sudah berlalu.

    Esok, hari yang boleh buat jantung Mahathir menjadi deras. Semuanya kerana skandal kehilangan wang terbesar dalam sejarah perbankan dunia. Skandal memalukan ini berlaku di zaman Mahathir. Kita tengok esok, Anwar hendak cakap apa.


    Tulisan :
    Beruang Biru
    BB566, Rabu
    6 September 2017

    Subjects:

  • No Comment to " Mahathir Gelisah Esok Bila Anwar Dipanggil "