• Mahadzir Minta Pijama, Berus Gigi

    Published: Wednesday, 27 September 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: "Tolong minta sesiapa bawa pijama dan berus gigi ke hospital."

    Itulah ayat pertama yang terpacul daripada mulut personaliti popular, Datuk Mahadzir Lokman yang sudah mula sedar dan bercakap selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Ahad lalu.

    Adiknya, Danial memberitahu, abangnya mula sedar tetapi masih di bawah pemerhatian rapi doktor.

    "Alhamdulillah, ...abang mula sedar, dia peka dan boleh bercakap tetapi masih di bawah pengawasan rapi doktor.

    "Ayat pertama yang dilafazkan adalah 'tolong minta sesiapa bawakan pijama dan berus gigi ke hospital'," katanya menerusi WhatsApp kepada BH Online, sebentar tadi.

    Danial memberitahu, seluruh keluarga bersyukur Mahadzir menunjukkan perkembangan positif selepas empat hari dirawat.

    Ahad lalu, Mahadzir dimasukkan ke PPUM selepas tidak sedarkan diri di kediamannya.

    Beliau yang baru pulang dari Jakarta, Indonesia, empat hari lalu, dilaporkan turut mengalami radang paru-paru dan jangkitan pada buah pinggang. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Mahadzir Minta Pijama, Berus Gigi "