• Logo Ulang Tahun Ke-150 DUN Sarawak Dilancarkan

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+

    Sebagai meraikan ulang tahun ke-150, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini melancarkan logo Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

    Memetik laporan Utusan Borneo, logo ulang tahun ke-150 DUN Sarawak menggambarkan bangunan DUN yang mana seni binanya mencerminkan kumpulan etnik utama yang terdapat di negeri ini.

    Sebagai sebuah bangunan Parlimen yang paling indah dan unik di Asia Tenggara, bangunan DUN juga menggambarkan perubahan dan kesinambungan.

    Pelancaran logo DUN hari ini menandakan bermulanya acara sambutan ulang tahun ke-150 DUN Sarawak sejak penubuhannya pada September 1867.

    Sempena dengan sambutan ini juga sembilan acara utama dan sembilan acara DUN bersama rakyat telah dirancang yang akan bermula selepas Persidangan DUN November ini hingga tahun depan.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Logo Ulang Tahun Ke-150 DUN Sarawak Dilancarkan "