• Lelaki Warga Bangladesh Maut Akibat Berebut Wayar Penyambung

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+
    Gambar Hiasan
    SEBERANG PERAI: Seorang lelaki warga Bangladesh maut ditikam dengan menggunakan sebilah pisau pada dada selepas berlaku pertengkaran dengan rakan senegaranya di sebuah rumah di tapak pembinaan di Jalan Selamat, Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini sebentar tadi.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Siraz, 22, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd. Samad berkata, siasatan awal mendapati punca pertengkaran itu akibat perselisihan faham berkaitan segulung wayar penyambung (extension).

    Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini bagi urusan bedah siasat, manakala suspek berusi 30 tahun telah ditangkap di lokasi kejadian. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Warga Bangladesh Maut Akibat Berebut Wayar Penyambung "