• Lelaki Sanggup Pakai Kasut Tumit Tinggi

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+


    LELAKI ini memang sayangkan kekasihnya. Buktinya dia sanggup memakai kasut tumit tinggi milik teman wanitanya yang berwarna merah jambu itu.

    Lelaki itu berbuat demikian selepas teman wanitanya berasa letih dan kakinya tidak selesa. Dia menukar kasut dan memberikan sandal yang dipakainya kepada wanita itu.

    Ketika itu mereka berada di hospital di China dan sedang menunggu giliran untuk bertemu doktor.

    Gambar terbabit dirakamkan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Xie yang kebetulan berada di hospital itu

    “Teman wanitanya mahu menukar semula kasut mereka namun dia enggan. Saya dapati mereka ini sangat-sangat `sweet’,’’ kata Xie.

    Bukan sahaja Xie malah netizen turut memuji lelaki berkenaan. Malah mereka juga mahu kekasih atau suami memberikan layanan demikian rupa. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Sanggup Pakai Kasut Tumit Tinggi "