• Lelaki Pertimbang Ingin Potong Tangan Sendiri

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+

    DIDUGA kesakitan yang berterusan, seorang bapa bercadang untuk memotong sendiri tangannya selepas diserang dua lelaki secara rambang hingga mengakibatkan dia menjadi cacat.

    Michael Smith, 30, kini tidak mampu menjaga anak perempuannya yang berusia lapan minggu malah dirinya sendiri tidak terjaga hingga terpaksa mendapatkan bantuan isterinya.

    “Saya baca berita mengenai seorang lelaki yang memotong sendiri tangannya. Itulah yang saya pertimbangkan disebabkan kesakitan yang amat sangat,” katanya.

    Tangan Michael sebelum ini sudah pun lemah dan hanya disambung dengan pin susulan kemalangan pada 2004.

    Namun selepas diserang lelaki berkenaan, pin itu mencucuk di kulitnya dan tangan Michael menjadi seperti bentuk ‘zig-zag’.

    “Saya diserang dua lelaki ketika sedang berjalan menuju ke rumah ibu saya di Great Thornton Street pada bulan Oktober tahun lepas. Polis tidak dapat menangkap mereka yang memijak kepala saya,” katanya.

    Michael, kini hanya bergantung kepada isterinya Shonna Morris, untuk membantunya melakukan kerja seharian termasuk memakai baju dan memotong kuku.

    Perkara itu, kata Michael sangat memalukan terutama bagi lelaki yang sudah berusia 30 tahun. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Pertimbang Ingin Potong Tangan Sendiri "