• Lelaki Panjat Gunung Pakai Seluar Dalam Minta Bantuan

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+


    SENGAJA cari penyakit. Seorang remaja yang memanjat gunung Snowdon dengan hanya memakai seluar dalam terpaksa mendapatkan bantuan ambulans selepas mengalami hypothermia iaitu keadaan di mana suhu turun di bawah paras normal.

    Namun di sebalik keadaan itu, Nathan French, 19, menyatakan dia tidak berasa kesal kerana melakukan cabaran terbabit atas alasan untuk badan amal.

    Dia mengalami hypothermia ketika berada di atas puncak Snowdon.

    “Untuk seketika, saya mahu melakukan sesuatu untuk mengutip wang bagi pesakit dementia di UK, Nenek saya mengalaminya jadi ia sesuatu yang dekat di hati saya,’’ katanya yang berasal dari Liverpool.

    Ia merupakan kali pertama Nathan memanjut gunung dan dia tidak mempedulikan nasihat yang dikeluarkan oleh laman web Gunung Snowdon yang meminta pendaki memakai baju tambahan disebabkan cuaca sejuk di atas puncak gunung berkenaan.

    “Saya seorang yang cergas dan selalu berada di gim tetapi ini adalah berbeza. Ia sangat sejuk dan semakin sejuk apabila tiba di puncak,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Panjat Gunung Pakai Seluar Dalam Minta Bantuan "