• Lelaki Nigeria Tiada Dokumen Berpaut Pada Piring Astro

    Published: Saturday, 30 September 2017
    A- A+

    Lelaki Nigeria patah tangan kanan dan hidung apabila terjatuh dari tingkat lima Apartmen Flora Damansara, Petaling Jaya hari ini.

    Lelaki berusia lingkungan 30-an yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu berpaut pada piring ASTRO di luar balkoni ketika rumahnya diserbu.

    Bagaimanapun, dia tidak bernasib baik apabila besi piring itu patah, menyebabkan dia terjatuh.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, warga Nigeria itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

    Katanya, dalam operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor itu seramai 171 warga asing diperiksa dan 51 daripadanya ditahan kerana melakukan kesalahan Imigresen.

    "Ujian saringan air kencing masih dijalankan dan setakat ini, 10 warga asing didapati positif dadah," katanya ketika sidang media di Balai Polis Damansara di sini, malam tadi.

    Operasi bersepadu bermula 7 malam berakhir pada 11 malam itu disertai 44 pegawai dan 368 anggota polis, turut disertai penguat kuasa Jabatan Imigresen dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Nigeria Tiada Dokumen Berpaut Pada Piring Astro "