• Lelaki Menang Taruhan RM70 Juta, Terbesar Di Malaysia

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR : Seorang lelaki bertuah meraih RM69,637,527.25 apabila nombor taruhannya memenangi loteri Grand Toto 6/63 minggu lalu.

    Ahli perniagaan berusia 40 tahun itu, yang tidak dinamakan, diumumkan pemenang terbesar cabutan pada 13 September, lapor portal New Straits Times hari ini.

    Pada Rabu lepas, katanya, beliau terperangkap dalam kesesakan jalan raya sewaktu mahu makan malam, lalu mencuba nasib di sebuah kedai Sports Toto.

    “Pertama kali saya bermain Lotto, dan membeli RM50 pada Grand Toto 6/63,” katanya, yang telah mengambil hadiah lumayan itu Jumaat lepas.

    Walau bertaruh Sports Toto sejak empat tahun lalu, beliau tidak pernah menang. Jadi beliau tidak menyemak cabutannya hingga dimaklumkan oleh rakan.

    “Apabila melihat kertas cabutan saya sepadan dengan dua nombor terakhir keputusan, iaitu 52 dan 53, saya agak yakin sayalah pemenangnya," - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Menang Taruhan RM70 Juta, Terbesar Di Malaysia "