• Lelaki Jatuh Dari Motor Tersangkut Kepala Di Besi Pembahagi Jalan

    Published: Sunday, 10 September 2017
    A- A+
    Ruijin (China)- Seorang lelaki bukan sahaja cedera selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya tetapi lebih malang lagi apabila kepalanya tersangkut di besi pembahagi jalan.

    Kejadian di Jalan Jindu di Ruijin di wilayah Jiangxi itu berlaku ketika lelaki berkenaan menunggang sebuah skuter elektrik.

    Bagaimanapun, dia terjatuh dari kenderaannya selepas mengelak daripada melanggar seorang pejalan kaki.

    Lebih malang lagi kepalanya terkena besi pembahagi jalan yang menyebabkan kepalanya tersangkut.

    Satu rakaman video menunjukkan lelaki itu mencangkung sambil memegang kepalanya yang berdarah dan tersangkut di celah besi pembahagi jalan.

    Lelaki itu merayu bantuan orang ramai sambil berkata, “Saya sangat sakit, sangat sakit.”

    Seorang anggota bomba, Zhang Yong yang kebetulan berjalan di lokasi kejadian membantu lelaki itu.

    Zhang memberitahu, beberapa lelaki cuba menarik besi berkenaan bagi memberi ruang untuk kepala mangsa dikeluarkan.

    “Saya mengarahkan lelaki itu memusingkan kepalanya dan akhirnya dia berjaya melepaskan diri.

    “Lelaki itu luka di kepala dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya. – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Jatuh Dari Motor Tersangkut Kepala Di Besi Pembahagi Jalan "