• Lelaki Ditemui Mati, Terjatuh Di Tebingan Kuching

    Published: Wednesday, 13 September 2017
    A- A+

    KUCHING : Seorang lelaki ditemui mati yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Tebingan Kuching di sini malam tadi.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa Drahman Spawi, berusia 35 tahun telah ditemui rakannya terapung di sekitar kawasan pembinaan masjid terapung di Tebingan Kuching.

    “Setibanya di tempat kejadian mangsa dijumpai rakan mangsa ditepi tebingan berdekatan Masjid Terapung yang dalam proses pembinaan.

    “Pihak Bomba bertindak mengangkat mangsa ke atas dengan menggunakan bucket stretcher,” katanya.

    Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. – Sarawakiana




  • No Comment to " Lelaki Ditemui Mati, Terjatuh Di Tebingan Kuching "