• Lelaki Ditemui Mati Di Gim

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+


    SEOUL: Seorang lelaki berusia 69 tahun maut semasa mengangkat berat 90 kilogram tanpa bantuan, menurut polis pada Khamis.

    Insiden tersebut berlaku pada awal pagi di sebuah gim di Geoje, dekat Busan.

    Pemilik gim menemui lelaki itu mati dalam keadaan pemberat di bahagian lehernya, pada kira-kira pukul 9.10 pagi.

    Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki tersebut mengangkat berat beberapa kali pada kira-kira pukul 8.10 pagi, sebelum secara tiba-tiba menjatuhkan pemberat berkenaan.

    Bagaimanapun, tiada orang lain di tempat kejadian untuk memberikan bantuan. – The Korea Herald/Asia News Network

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Ditemui Mati Di Gim "