• Lelaki Didakwa Rogol Remaja Dikenali Dari 'WeChat'

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA: Seorang pekerja sebuah syarikat penyelenggaraan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak atas pertuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun yang dikenalinya menerusi aplikasi 'WeChat'.

    Muhammad Ajid Nasiruddin, 19, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah kosong di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 9 malam 7 Ogos lepas mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatjika sabit kesalahan.

    Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh menghubungi dan mendekati mangsa sehingga perbicaraan kes itu selesai.

    Mahkamah menetapkan 23 Okt untuk sebutan semula kes. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Didakwa Rogol Remaja Dikenali Dari 'WeChat' "