• Lekat Pada Dinding

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+

    Beijing: Seorang pekerja wanita di China dihukum dilekat pada dinding kerana tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu ke tempat kerja.

    Beberapa gambar yang dimuat naik di laman sosial Weibo menunjukkan wanita itu dilekat pada dinding pejabat dengan menggunakan pita pelekat.

    Wanita itu yang identitinya tidak didedahkan dilekat dengan beberapa lapisan pita pelekat berwarna kuning dan hitam.

    Pekerja itu didakwa dihukum kerana melanggar peraturan pejabat yang dikuatkuasakan pada April lalu.

    Beberapa rakan sekerjanya dilihat terus bekerja di meja masing-masing dan tidak menghiraukan wanita itu yang melekat di dinding.

    Gambar itu dimuat naik di media sosial oleh seorang pengguna yang menggunakan nama akaun TianTianWoShiNiSanGe pada Rabu lalu sebelum tular di Internet.

    “Lihat betapa kasihannya rakan sekerja saya yang cantik ini. Dia dihukum selepas majikan kami melihat dia memandu tanpa memakai tali pinggang keledar,” katanya.

    Bagaimanapun, nama syarikat di mana wanita itu berkerja dan lokasi gambar itu diambil tidak didedahkan.

    Dia juga memuat naik gambar yang menyatakan beberapa peraturan pelik yang ditetapkan majikan di pejabat itu.

    Antara peraturan itu adalah dilekat di dinding dengan pita pelekat kerana tidak menggunakan tali pinggang keledar ketika memandu.

    Pekerja wanita boleh mengambil cuti sakit apabila mereka datang bulan, dan pekerja lelaki juga boleh mengambil cuti sekiranya kekasih atau isteri mereka datang bulan.

    Waktu bekerja adalah dari jam 11 pagi hingga 5 petang. Sesiapa datang lambat atau balik awal perlu merangkak untuk masuk atau keluar pejabat. - metro 

    Subjects:

  • No Comment to " Lekat Pada Dinding "