• Lebih Enam Jam Terperangkap

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+


    OPERASI besar-besar dilancarkan apabila 13 orang didapati terperangkap lebih enam jam dalam menara Jurassic Skyline di tepi laut Weymouth, England.

    Pasukan bomba Dorset dan Wiltshire menerima panggilan kecemasan pada 4.10 petang dan bergegas ke lokasi apabila usaha jurutera untuk melepaskan gondola yang tersangkut itu gagal.

    Hanya selepas 10 malam, semua pengunjung yang menaiki menara setinggi 53 meter itu dapat diselamatkan.

    Dalam kejadian itu, ia melibatkan 11 orang awam dan dua kakitangan perkhidmatan riadah itu.
    "Pada pukuk 7.30 malam, helikopter pengawal pantai mula membawa keluar semua yang terperangkap dalam menara itu," kata jurucakap pasukan bomba berkenaan.

    Pengunjung menaiki menara yang boleh berpusing 360 darjah bagi menikmati pemandangan indah sekitar pesisir pantai.

    Operator Jurassic Skyline menerusi Twitter berkata, kejadian itu berpunca daripada masalah teknikal.

    Subjects:

  • No Comment to " Lebih Enam Jam Terperangkap "