• Lebih 2,000 Etnik Rohingya Diusir

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    COX'Z BAZAR - BANGLADESH. Pihak berkuasa Bangladesh memaksa lebih 2,000 etnik Rohingya meninggalkan pulau terpencil yang menjadi tempat persembunyian mereka selepas melarikan diri daripada keganasan di Myanmar.

    Pegawai kerajaan, semalam memberitahu kesemua mereka diberi perlindungan oleh kira-kira 9,000 penduduk di pulau kecil St Martin terletak kira-kira 9 kilometer dari pantai Bangladesh yang berkongsi hubungan budaya dan bercakap bahasa sama dengan kumpulan Rohingya tersebut.

    Ketua majlis tempatan, Noor Ahmad berkata, sistem pembesar suara masjid digunakan untuk menggesa penduduk menyerahkan penduduk Rohingya yang tiba di pulau itu kepada pengawal pantai.

    Sementara itu, PBB memaklumkan 87,000 kebanyakan pelarian Rohingya telah membanjiri sempadan ke Bangladesh sejak insiden keganasan terbaru tercetus di negeri barat Myanmar tersebut lebih seminggu lalu. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Lebih 2,000 Etnik Rohingya Diusir "