• Lawatan SK Abang Buyuk, Jerijeh Ke Kem RASCOM

    Published: Thursday, 21 September 2017
    A- A+

    SIBU: Seramai 6 orang guru dan 45 orang murid dari SK Abang Buyuk, Jerijeh, Daro telah mengadakan lawatan ke Kem RASCOM, di sini, semalam.

    Program lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman terhadap organisasi tentera selain menarik minat mereka menyertai pasukan keselamatan.

    Antara aktiviti yang dijalankan adalah tayangan video mengenai 9 Briged ,pameran senjata, paneran kenderaan , Pameran makanan RTBK, Pameran peralatan polis tentera, pameran semboyan, pameran peralatan dan pakaian tentera. 

    Lawatan diakhiri dengan acara bergambar dan penyerahan cenderahati.

    Lawatan itu diketuai Penolong Kanan (HEM), Puan Suryati binti Bujang. - Sarawakiana



  • No Comment to " Lawatan SK Abang Buyuk, Jerijeh Ke Kem RASCOM "