• Lari Ke Australia Kerana Hutang Along

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+

    "Saya ingatkan bila lari ke Australia, masalah pinjaman ceti boleh selesai. Tapi duit yang dapat sebagai pemetik buah masih tidak mencukupi, akhirnya balik ke Malaysia dan minta bantuan NGO di sini.

    "Hampir empat tahun saya bekerja untuk mencari wang lebih untuk bayar kepada along, akhirnya saya mengalah. Saya memang serik untuk meminjam lagi," kata Amirul, 41.

    Pada 2013, dia mengambil keputusan untuk ke Australia dan bekerja sebagai pemetik buah di sana selepas menjadi buruan along atas satu pinjaman berjumlah RM10,000.

    Katanya, kerana terlalu terdesak, dia nekad ke Australia dan bekerja sebagai pemetik buah di salah sebuah ladang di sana dengan gaji RM25 satu jam.

    "Namun jumlah itu tidak cukup memandangkan saya juga perlukan duit untuk perbelanjaan lain seperti belanja harian, menyebabkan saya mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia, bulan lalu," katanya ketika membuat aduan kepada Perunding Masalah Ceti Haram (PMCH) Aryati Razak, hari ini.

    Sementara itu, Aryati berkata, pihaknya sudah berbincang dengan along berkenaan untuk menjadualkan semula bayaran untuk pinjaman terbabit.

    "Nasihat saya, jika ada sebarang masalah berkaitan along, rujuk dulu dengan pihak yang lebih arif dari segi kaedah bayaran dan sebagainya. PMCH boleh dihubungi di 0123662127 untuk sebarang pertanyaan," katanya kepada Harian Metro.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Lari Ke Australia Kerana Hutang Along "