• Laporan pesawat Twin Otter tergelincir di Lapangan Terbang Marudi merupakan kes lama

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+


    MARUDI - Polis menafikan terdapat kes sebuah pesawat ringan jenis Twin Otter yang tergelincir di Lapangan Terbang Marudi seperti yang ditularkan dalam media sosial hari ini.

    Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Gabriel Risut berkata, gambar yang ditularkan itu adalah kejadian lama sekitar tahun 2015.

    "Tiada kemalangan membabitkan pesawat itu di sini dan gambar yang tular dalam media sosial sebenarnya merupakan kes lama," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - K! ONLINE


  • No Comment to " Laporan pesawat Twin Otter tergelincir di Lapangan Terbang Marudi merupakan kes lama "