• Labur KWSP Di Amerika Atau Sarawak ?

    Published: Friday, 15 September 2017
    A- A+

    Politik pembangkang hari ini berada dalam kecelaruan yang amat sangat, kerana semakin sukar untuk memahami serta membezakan antara pelaburan dan peruntukkan.

    Isu pelaburan KWSP dan Khazanah di Amerika Syarikat di jadikan modal politik bagi mempamerkan kecelaruan pembangkang, bila pelaburan yang menguntungkan di Amerika disamakan dengan memberi peruntukkan untuk kebajikan rakyat Sarawak.

    Jika tidak mahu dana KWSP dilaburkan untuk menjana keuntungan, adakah pencarum KWSP bersetuju dana tersebut dijadikan peruntukan untuk mengatasi masalah air bersih dan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak?

    Cadangan pembangkang yang mengatakan wang KWSP lebih baik digunakan kebajikan rakyat Sabah dan Sarawak sangat menghiburkan rakyat di negeri ini. Namun adalah pencarum mahu wang mereka digunakan untuk tujuan itu.

    RM3 bilion pelaburan KWSP di Amerika dicanangkan sebagai satu pembaziran dan pembangkang berpendapat jumlah wang sebanyak itu sesuai dilaburkan ke Sarawak untuk menambahbaik prasarana.

    Ternyata pembangkang sudah hilang pertimbangan dan tidak mengenali apa itu pelaburan dan peruntukkan. Ini kerana pembangkang hanya mahu melihat semua yang diusahakan kerajaan gagal, dan mengharap kegagalan itu nanti akan memberi kelebihan politik kepada pembangkang.

    Walhal KWSP melabur di Amerika disebab ada sektor yang berpotensi untuk mendapat keuntungan yang besar serta menguntungkan rakyat yang mencarum dalam KWSP manakala kerajaan memperuntukkan peruntukkan yang banyak kepada Sarawak saban tahun melalui bajet negara agar Sarawak mendapat pembangunan yang sewajarnya.

    Jelaslah pembangkang bukan sahaja tidak dapat membeza antara pelaburan dan peruntukkan, malah mahu menutup potensi jangka panjang dengan mencadangkan KWSP melabur di Sarawak bagi mendapat keuntungan yang tinggi untuk diagih kepada pencarum di Malaysia

    Hakikatnya kerajaan sentiasa memastikan setiap sen pelaburan KWSP akan membawa pulangan dividen kepada pekerja di Malaysia, pernahkah kita dengar KWSP gagal bayar dividen? semua itu kerana adanya pelaburan.

    Pembangkang boleh berkata tidak logik untuk Malaysia membantu Amerika dalam pelaburan, tapi yang lebih tidak masuk akal jika dana KWSP digunakan semata-mata untuk menampung kebajikan rakyat Sarawak. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Labur KWSP Di Amerika Atau Sarawak ? "