• Korea Utara Jejas Wall Street

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+

    NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) jatuh semalam, dengan S&P 500 bergelut dengan kerugian sehari terbesar dalam tempoh tiga minggu, ketika pelabur berhati-hati mengenai ketegangan baharu dengan Korea Utara.

    Minggu lalu, Korea Utara melancarkan ujian nuklear keenam yang dikatakan sebagai bom hidrogen canggih untuk peluru berpandu jarak jauh, menyaksikan peningkatan ketegangan antara rejim itu dengan AS dan sekutunya.

    Dengan pasaran AS ditutup kelmarin sempena cuti Hari Buruh, ia didagangkan biasa sejak perkembangan geopolitik.

    "Korea Utara seolah-olah menjadi objek utama, sekurang-kurangnya satu atau dua bulan lalu," kata Aaron Jett, naib presiden bagi penyelidikan ekuiti global di Bel Air Investment Advisors, Los Angeles.

    "Ia pada dasarnya hanya satu hari yang berisiko. Tidak ada data, tiada pendapatan, tiada apa yang benar-benar penting untuk menggerakkan pasaran hari ini, maka ia dijual apabila ada peristiwa yang menakutkan," kata Jett.

    Dow Jones Industrial Average turun 234.25 mata atau 1.07 peratus kepada 21,753.31, S & P 500 turun 18.7 mata atau 0.76 peratus kepada 2,457.85 dan Nasdaq Composite turun 59.76 mata atau 0.93 peratus kepada 6,375.57. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Korea Utara Jejas Wall Street "