• Kondom Perisa Nasi Lemak Di Pasaran Malaysia November Ini

    Published: Wednesday, 27 September 2017
    A- A+


    Selepas percubaan berani dengan memperkenalkan kondom berperisa durian tahun lalu, syarikat pengeluar kondom terbesar dunia, Karex Berhad bakal melancarkan produk baharu mereka dan kali ini lebih unik dan ‘sedap’.

    Syarikat yang berpangkalan di Pelabuhan Klang itu bakal memasarkan kondom berperisa nasi lemak yang dijangka berada dalam pasaran pada November atau Disember ini, lapor AFP.

    Ketua eksekutifnya, Goh Miah Kiat dalam temu bual bersama agensi berita itu berkata, pengenalan kepada kondom berperisa nasi lemak itu bukan hanya gimik semata-mata, sebaliknya ia bagi membantu kempen pencegahan kehamilan di Malaysia.

    “Bagi saya, ia berkaitan kesihatan awam dan saya mahu menyampai mesej ini kepada semua orang,” katanya seperti dilapor agensi berita itu.

    Menurut laporan agensi berita itu lagi, kondom nasi lemak jenama Carex bukan sahaja disasarkan dalam pasaran tempatan tetapi ia juga akan dimport keluar negara.

    Mengulas lanjut Goh Miah Kiat berkata, syarikatnya telah menghabiskan masa selama enam bulan menjalankan kajian terhadap produk terbaharu mereka itu sebelum memutuskan perisa tersebut dengan bau seakan-akan santan dan pelincir hangat.

    "Kita rakyat Malaysia dibahagikan oleh idea pegangan politik, agama dan bangsa,” katanya.

    "Saya merasakan satu perkara yang menyatukan kita semua: 'Di manakah lokasi terbaik anda pernah makan nasi lemak?,” tambahnya sambil menjelaskan kondom perisa nasi lemak adalah edisi terhad.

    Karex menghasilkan lima bilion kondom setiap tahun dari empat kilangnya, di mana kebanyakan produk itu dibeli secara pukal oleh agensi kerajaan atau antarabangsa sebagai kempen hubungan seksual yang selamat.

    Media melaporkan, selepas Karex mengambil alih syarikat pengeluar kondom berjenama TheyFit yang dijual di Eropah, syarikat itu juga telah memperkenalkan kondom yang boleh ditempah mengikut saiz alat sulit, Julai lalu.- mD

    Subjects:

  • No Comment to " Kondom Perisa Nasi Lemak Di Pasaran Malaysia November Ini "