• Komuniti PERWANI 1Malaysia Amerika Syarikat Dilancarkan

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+

    Komuniti PERWANI 1Malaysia yang keempat di luar negara dilancarkan di Amerika Syarikat bertempat di Kedutaan Besar Malaysia (KBM), Washington D.C hari ini.

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Rohani Abdul Karim berkata, Komuniti PERWANI tersebut adalah merupakan yang keempat di luar negara selepas di London, United Kingdom, Paris, Perancis dan Melbourne, Australia.

    Menurutnya, Komuniti PERWANI Washington D.C ini terdiri daripada 20 orang perwakilan wanita dan isteri perwakilan di Washington yang berperanan untuk membantu mempromosi dan meningkatkan nama baik Malaysia dalam pelbagai aspek dengan mengadakan atau menyertai program kepimpinan, kesukarelawanan, keusahawanan, pendidikan dan juga kesukanan yang akan dianjurkan dari semasa ke semasa.

    “Sejak PERWANI diperkenalkan bermula pada tahun 2013 sehingga September 2017, sebanyak 13,183 kumpulan PERWANI telah ditubuhkan di seluruh negara dan luar negara dengan keahlian seramai 172,309 orang wanita yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dengan setiap kumpulan mempunyai 10 hingga ke 20 orang ahli.” katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini.

    Jelas Rohani beliau turut berharap agar Komuniti PERWANI lain dapat membantu dalam mengembangkan ahli PERWANI seluruh Washington D>C terutama sekali para belia dan pelajar bagi memupuk semangat dan sifat kesukarelawan dan memeberi peluang kepada mereka untuk bertindak sebagai agen transformasi di peringkat komuniti walaupun jauh di perantauan.

    Majlis yang turut dihadiri oleh pegawai wanita dan isteri perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia Washington D.C serta delegasi daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

    Sementara itu, Rohani turut berkongsi mengenai Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 dan isu kesalahan seksual terhadap kanak-kanak bagi meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti yang menetap di luar negara.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Komuniti PERWANI 1Malaysia Amerika Syarikat Dilancarkan "