• Kit Siang Memandu DAP Ke Kubur

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+

    Tindakan pimpinan DAP menyerang PAS segenap penjuru disebabkan parti serpihan PAP itu sedang berhadapan pergolakan dalaman yang cuba disembunyikan kepada umum.

    Selain itu, parti diketuai Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sudah mula menghidu bahawa gabungan Pakatan Harapan tidak menjamin kemenangan besar dalam pilihanraya umum.

    Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Hishammuddin Abdul Karim melihat DAP sedang bergelut dengan persepsi kebimbangan terhadap pengkhianatan sesama sendiri.

    “Sebenarnya Kit Siang dan anaknya sedang berhadapan porak poranda dalaman akibat daripada kejahatan yang dirancang sejak dahulu.

    “Dan untuk meredakannya, mereka menyerang PAS dan mengganggu rakan dalam Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

    Pada bulan lalu, Kit Siang dilaporkan berkata PAS bakal hilang Kerajaan Kelantan.

    Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga menuntut beberapa kerusi ditandingi PKR pada PRU-13 di Kedah dan Johor diserahkan kepada DAP.

    Permintaan itu menyebabkan Kit Siang dikritik oleh kepimpinan PKR Kedah dan Johor.

    Tegas Hishammudin, gerak geri penasihat DAP itu yang bongkak kerana merasa hebat mampu mengikat Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin lain dalam Pakatan Harapan bakal memakan diri.

    “Sudahlah meminta kerusi milik PKR, mereka juga mula mengabaikan PAN, malah langsung tidak mempedulikan pengaruh PPBM.

    “Jelas Kit Siang sudah merasakan cukup berpengaruh, sedangkan beliau tidak sedar tindakan itu boleh menyebabkan DAP berkubur,” katanya lagi. - BNBCC

    Subjects:

  • No Comment to " Kit Siang Memandu DAP Ke Kubur "