• Kim Kardashian Guna Ibu Tumpang Untuk Anak Ketiga

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+


    LOS ANGELES: Selebriti realiti televisyen, Kim Kardashian, mengesahkan laporan beliau dan suaminya, Kenya West, akan menimang anak ketiga, yang dijangka dilahirkan menerusi ibu tumpang.

    Pengesahan itu, dalam trailer yang disiarkan semalam bagi siri terbaru rancangan realiti 'Keeping Up With the Kardashian', bermakna tiga adik beradik Kardashian bakal menimang orang baharu pada masa sama.

    Laporan pelbagai media sejak minggu lalu menyatakan Khloe Kardashian, 33, dan Kylie Jenner, pada usia 20 tahun yang juga anggota termuda keluarga selebriti itu, hamil buat kali pertama.

    Kedua-duanya dan wakil mereka tidak mengesahkan atau menafikan laporan itu.

    Jun lalu, Kardashian dan West dilaporkan mengupah ibu tumpang kerana komplikasi kesihatan serius dialami Kardashian dengan dua kehamilan pertamanya, dan kelahiran anak mereka, North, empat tahun dan Saint, setahun.

    Dalam trailer semalam, Kim dilihat memberitahu adiknya, Khloe, berita gembira itu menerusi telefon.

    Bintang realiti itu memberikan butiran di blognya mengenai kesukaran yang dialami ketika bersalin dan bercakap mengenai kaedah ibu tumpang untuk anak seterusnya dengan West. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Kim Kardashian Guna Ibu Tumpang Untuk Anak Ketiga "