• Ketua, Enam Jahanam Dihukum Mati

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+

    Mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap lelaki Sri Lanka yang juga penduduk tetap Switzerland bersama enam lagi kerana merogol dan membunuh remaja 17 tahun dalam kes yang mencetuskan protes besar-besaran di negara itu.

    Mahalingam Shashikumar juga didapati bersalah mengetuai kumpulan menculik pelajar terbabit dan merakam perbuatan mereka merogol mangsa di Jaffna pada Mei 2015.

    Panel tiga hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap Shashikumar dan enam rakannya. Mereka turut diperintah membayar tujuh juta rupee (RM193,000) sebagai pampasan kepada keluarga mangsa.

    Kes itu mendapat perhatian antarabangsa selepas penduduk tempatan mendakwa polis cuba menutup kes berkenaan dan mahu membiarkan Shashikumar melarikan diri ke Switzerland.

    Ratusan orang menyertai memprotes yang membawa kepada penangkapan tertuduh.

    Ketua polis Jaffna didakwa atas tuduhan menghalang proses keadilan dan Presiden Maithripala Sirisena menjanjikan perbicaraan secepat mungkin.

    Hukuman mati semua tertuduh bagaimanapun, akan ditukar secara automatik kepada penjara seumur hidup memandangkan Sri Lanka mempunyai moratorium tak rasmi terhadap hukuman bunuh.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Ketua, Enam Jahanam Dihukum Mati "