• Kerusi Parlimen Miri Milik PKR Tidak Akan Diserah Kepada DAP

    Published: Thursday, 21 September 2017
    A- A+

    Walaupun nasib Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) masih belum ditentukan namun beliau tidak mahu kerusi tersebut ditandingi sekutu lain dalam Pakatan Harapan (PH).

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau kini meletakkan nasibnya kepada PKR sama ada untuk mencalonkannya semula atau sebaliknya bagi mempertahankan kerusi Parlimen Miri.

    Bagaimanapun menurutnya, kerusi tersebut mesti dipertahankan oleh PKR bukan diberikan kepada parti lain dalam PH.

    "Sebagai penyandang saya tidak akan semudahnya menyerahkan kerusi (Parlimen Miri) kepada parti PH yang lain bertanding.

    "Setiap hari, saya berjumpa rakyat bersama ahli PKR termasuk membantu mangsa kebakaran, membaiki rumah golongan memerlukan dan banyak lagi," katanya.

    Dr Michael melahirkan keyakinan beliau akan kembali dicalonkan kerana mempunyai sokongan kuat diperingkat akar umbi.

    Sebelum ini, Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen menjelaskan, PH akan menampilkan calon di semua kerusi parlimen pada PRU14.

    Alan Ling Sie Kiong yang merupakan Setiausaha DAP Sarawak diberitakan dicalonkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Miri.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " Kerusi Parlimen Miri Milik PKR Tidak Akan Diserah Kepada DAP "