• Kerjasama Pemimpin Akar Umbi Amat Diperlukan - Nancy

    Published: Friday, 15 September 2017
    A- A+
    SADONG JAYA: Kerjasama erat daripada pemimpin akar umbi memudahkan usaha membantu golongan sasar, demikian tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

    Menurut beliau, kerjasama ini penting supaya penduduk yang benar-benar memerlukan bantuan dapat dikenal pasti serta menerima bantuan yang sewajarnya.

    "Kerjasama itu penting agar apa jua rancangan pembangunan berjalan dengan lancar kerana masalah yang dihadapi penduduk dapat diselesaikan dalam masa yang singkat dan tidak berpanjangan," katanya.

    "Oleh itu, sebagai pemimpn akar umbi yang rapat dengan penduduk dan mengetahui keadaan penduduk kampung, kerjasama anda amatlah diperlukan," katanya dipetik Utusan Borneo

    Menurut laporan Utusan Borneo, Nancy menegaskan jalinan kerjasama yang baik membolehkan golongan sasar diberikan bantuan dengan segera seperti yang dilakukan melalui Program Ziarah Kamek.

    Ujarnya, melalui Program Ziarah Kamek, penglibatan agensi lain seperti Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Klinik Kesihatan Sadong Jaya dan Jabatan Kebajian Masyarakat Bahagian Samarahan, bantuan dan nasihat kesihatan dapat disalurkan terus kepada penduduk dengan lebih efektif. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kerjasama Pemimpin Akar Umbi Amat Diperlukan - Nancy "