• Kerajaan Setuju Tubuh Jawatankuasa Kawal Sekolah Tahfiz

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA- Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa penyelarasan bersifat kekal bagi memantau pengurusan Sekolah Agama Rakyat (SAR), pusat tahfiz dan pondok agama di seluruh negara.

    Persetujuan itu dicapai melalui mesyuarat tertinggi ahli jawatankuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berlangsung selama kira-kira tiga jam di Putrajaya.

    Hasil daripada mesyuarat tersebut, pihak jawatankuasa akan membawa syor ke Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.

    “Terdapat 941 maahad tahfiz swasta bukan berdaftar dengan kerajaan tetapi berdaftar dengan Persatuan Madrasah Maahad Tahfiz al-Quran.

    “Task force (pasukan petugas) membentangkan sebanyak 941 buah maahad taafiz swasta keseluruhannya kerana kebanyakan tidak mengikut piawaian yang ditentukan oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), bomba dan pihak berkuasa lain,” katanya.

    Antara syor yang akan dibawa ke mesyuarat MKI hari ini adalah:


    1. Jawankuasa mengesyorkan supaya diwujudkan kerangka kriteria kelulusan bagi penubuhan dan pengurusan maahad tahfiz seluruh negara dengan piawaian dan spesifikasi yang ditentukan oleh pihak brkuasa tempatan, bomba dan badan-badan lain.
    2. Akta 550 Akta pendidikan 1996, akan memasukkan soal pendaftaran institut pendidikan agama swasta ke dalam akta tersebut dan jika perlu akta itu dipinda semula dan dibawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
    3. Menentukan piawaian setiap premis maahad tahfiz, rumah anak yatim, sekolah agama, tadika, pusat penjagaan kanak-kanak dan orang tua.
    4. Menggalakkan pasukan bomba sukarela di premis-premis tersebut.
    5. Pendaftaran maahad taahfiz diselaraskan antara kerajaan negeri dan perskutuan supaya tiada pertindihan kuasa kedua-dua pihak.
    6. Pengawalan dan tanggungjawab bersama kerajaan negeri dan persekutuan untuk menjelaskan pentadbiran dan perjalanan.


    Dalam sidang media selepas mesyuarat itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri memberiahu, polis masih menjalankan siasatan terhadap kes melibatkan kebakaran pusat tahfiz di Keramat, Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan Setuju Tubuh Jawatankuasa Kawal Sekolah Tahfiz "