• Kerajaan Pusat Sokong Inisiatif Pembesaran Pelabuhan Kuching

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan pusat melalui kementerian pengangkutan menyokong penuh inisiatif kerajaan negeri bagi memperluaskan kawasan Pelabuhan Kuching.

    Memetik laporan akhbar The Borneo Post, Menterinya Dato Sri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400 juta bagi menggerakkan kerja menggorek bagi mendalamkan sungai seterusnya memperluaskan kawasan pelabuhan agar lebih banyak kapal besar boleh memasuki kawasan pelabuhan kelak.

    Menurutnya, ini merupakan sesuatu yang amat dinantikan bagi menguatkan dan menambahbaik kegiatan ekonomi setempat.

    Dalam pada itu, Liow turut memberitahu Pelabuhan Kuching merupakan salah satu daripada tiga pelabuhan di Malaysia yang termasuk dalam Perikatan Pelabuhan China-Malaysia (CMPA).

    Dua lagi pelabuhan merangkumi Pelabuhan Sabah Sepanggar dan Pelabuhan Kemaman .

    “ Ia yang bertujuan mempertingkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang dalam aktiviti ekonomi dan seterusnya memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” tambahnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Pusat Sokong Inisiatif Pembesaran Pelabuhan Kuching "