• Kerajaan Negeri Sedia Tawar Biasiswa Pendidikan Bidang Berkaitan STEM

    Published: Thursday, 14 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan negeri bersedia untuk menawarkan biasiswa pendidikan bagi mereka yang melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) univerisiti-universiti terkemuka dunia, demikian kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg.

    Menurutnya, kerajaan negeri memberi penekanan khusus dalam disiplin akademik yang memberi masa depan yang cerah kepada Sarawak.

    Memetik laporan Utusan Borneo, ketua menteri telah mengarahkan ahli-ahli akademik untuk memberi input agar kerajaan negeri dapat memberi biasiswa atau pinjaman bagi mereka yang melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang baharu.

    Dalam perkembangan berkaitan, Naib Chanselor Unimas, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suhaidi menjelaskan, Sarawak kini mempunyai 26 peratus pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang berlatarbelakangkan STEM. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Negeri Sedia Tawar Biasiswa Pendidikan Bidang Berkaitan STEM "