• Kepala Lori Kontena Terbakar

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+
    foto ihsan bomba
    MIRI:  Kepala sebuah lori kontena dilaporkan terbakar di Melinau Metal Industrial Kuala Baram dekat sini pagi tadi.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10. 50 pagi tadi, hampir memusnahkan keseluruhan kepala lori kontena tersebut.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malayasia(JBPM) Sarawak berkata, sejurus pihaknya menerima laporan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

    Menurutnya, sebaik tiba anggota di lokasi kejadian mendapati sebuah lori jenis Hino 400 telah terbakar sebanyak 60 peratus namun api telah berjaya dipadamkan oleh pekerja di tempat kejadian mengunakan lapan unit alat pemadam api jenis debu kering.

    “Anggota kami hanya  bertindak memadamkan sisa kebakaran dengan menggunakan satu aliran salur air.” katanya.

    Sehingga berita ini ditulis, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

    Bagaimanapun punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Kepala Lori Kontena Terbakar "