• Kenyataan Bersama Najib-Trump Kukuhkan Hubungan

    Published: Thursday, 14 September 2017
    A- A+
    Tulisan asal oleh:
    Office of the Press Secretary, The White House, 13 September 2017

    KENYATAAN BERSAMA untuk Mengukuhkah Kerjasama Komprehensif antara Amerika Syarikat dan Malaysia

    Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump, menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, di White House untuk mengukuhkan Kerjasama Komprehensif di antara kedua-dua negara itu sebagai menandakan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala.

    Amerika Syarikat dan Malaysia berkongsi sejarah kerjasama erat yang panjang yang dibina atas hubungan ekonomi dan kepentingan keselamatan bersama. Kedua-dua pemimpin berjanji untuk terus membina hubungan itu melalui pengukuhan hubungan diplomatik, ekonomi, keselamatan, dan hubungan rakyat dengan rakyat.

    Presiden Trump dan Perdana Menteri Najib mengakui ancaman serius yang dilakukan oleh Korea Utara ke atas keselamatan dan kestabilan seluruh rantau Asia Pasifik. Kedua-dua pemimpin itu menyuarakan keprihatinan mereka terhadap ujian peluru berpandu nuklear dan balistik Korea Utara, yang melanggar beberapa resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan hanya akan meningkatkan ketegangan di rantau ini. Kedua-dua pihak mengesahkan sokongan mereka untuk menghapuskan senjara nuklear Semenanjung Korea dan keperluan untuk masyarakat antarabangsa melaksanakan resolusi UNSC dengan tegas. Presiden Trump menyambut baik komitmen Perdana Menteri Najib untuk bertindak melampaui resolusi UNSC, termasuk melalui kajian semula hubungan diplomatik dan hubungan perniagaannya dengan Korea Utara.

    Kedua-dua pemimpin itu berjanji untuk memupuk hubungan ekonomi antara Amerika Syarikat dan Malaysia untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat di kedua-dua negara, mencerminkan hubungan perdagangan yang sudah lama dan sangat penting. Kedua-dua negara menyedari kepentingan perbincangan yang kerap di bawah Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dengan menghapuskan halangan dalam sektor-sektor utama. Kedua-dua pihak mengumumkan niat mereka untuk menceburi peluang perdagangan dan pelaburan dalam sektor pengangkutan dan tenaga dan untuk menangani ketidakseimbangan perdagangan dua hala. Kedua-dua pemimpin menyambut baik majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Malaysia Airlines Berhad dan The Boeing Company bagi lapan Boeing 787-9 Dreamliner baru, hak pembelian untuk lapan pesawat tambahan 737 MAX, dan penyelenggaraan pesawat negara, dengan potensi jumlah bernilai $4 bilion (USD). Presiden Trump menyambut baik kebarangkalian pembelian tambahan pesawat Boeing pada masa akan datang. Kedua-dua pemimpin menyambut baik penglibatan sektor swasta Amerika Syarikat dalam pembangunan projek rel berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura. Kedua-dua negara juga komited untuk mengkaji rangka kerja pengawalseliaan dengan tujuan untuk memudahkan pelaburan dalam ekonomi masing-masing.

    Perdana Menteri Najib dan Presiden Trump membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Laut China Selatan dan menekankan kepentingn untuk memastikan, mengekalkan, dan melindungi kedamaian dan kestabilan, keamanan maritim, kebebasan navigasi dan penerbangan, dan lain-lain penggunaan laut yang sah. Kedua-dua pemimpin ini menekankan kepentingan dalam menegakkan dan mematuhi perintah maritim yang berasaskan peraturan. Mereka menyeru semua pihak yang sedang dalam pertikaian untuk melaksanakan tanggungjawab undang-undang antarabangsa mereka dengan hati yang bersih, dan untuk mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan, intimidasi, atau paksaan. Mereka menggesa semua pihak yang sedang dalam pertikaian untuk mengawal diri mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti mereka dan mengelak daripada mengambil tindakan yang menghancurkan kepercayaan dan keyakinan, dan meningkatkan ketegangan, termasuklah meletakkan pasukan tentera di kawasan-kawasan terpencil. Kedua-dua pemimpin menegaskan bahawa semua tuntutan maritim mesti berasaskan dan diselesaikan mengikut undang-undang antarabangsa seperti yang digambarkan dalam Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982.

    Kedua-dua pihak mengesahkan komitmen mereka terhadap prinsip-prinsip perkongsian strategik antara Amerika Syarikat dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan pelaksanaan berterusan prinsip-prinsip yang diputuskan oleh para pemimpin Amerika Syarikat dan ASEAN pada 2016 Sunnylands Declaration. Mereka mengesahkan sokongan mereka terhadap usaha bersama untuk membangunkan Komuniti Asean yang berasaskan peraturan, dan untuk mengekalkan sentimen ASEAN dalam seni bina serantau yang semakin berkembang maju. Kedua-dua pemimpin itu maklum akan ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN dan ulang tahun ke-40 hubungan antara Amerika Syarikat dan ASEAN dan mengalu-alukan sebarang aktiviti untuk meraikannya.

    Kedua-dua pemimpin itu berjanji untuk mengukuhkan kerjasama untuk menentang ancaman ISIS yang semakin meningkat di Asia Tenggara. Kedua-dua pemimpin mengesahkan semula kepentingan untuk mempromosikan daya tahan masyarakat dan sikap saling menghormati antara semua agama dan etnik. Sebagai rakan kongsi dalam perjuangan menentang ISIS dan ahli Gabungan Global yang diketuai oleh Amerika Syarikat, kedua-dua pemimpin maklum ikrar Malaysia sebanyak AS$1 juta untuk bantuan kemanusiaan di kawasan yang dibebaskan dari ISIS. Amerika Syarikat mengiktiraf perkembangan berterusan Malaysia ke arah memenuhi keperluan untuk Program Pengecualian Visa A.S., termasuk kewajipan di bawah Arahan Presiden Keselamatan Negara No.6 (HSPD-6) dan pengaturan perkongsian maklumat Mencegah dan Memerangi Jenayah Serius (PCSC). Perdana Menteri Najib mengumumkan komitmen Malaysia untuk melaksanakan perjanjian perkongsian datanya dengan Amerika Syarikat dan penambahbaikan secara berperingkat-peringkat penapisan penumpang di semua pintu masuk, dan Amerika Syarikat komited untuk bekerjasama dengan Malaysia ke arah ini. Amerika Syarikat dan Malaysia mengakui bahawa jenayah siber dan lain-lain jenayag sering membantu membiayai rangkaian pengganas. Negara-negara itu komited untuk menggunakan instrumen multilateral yang tersedia, termasuk Konvensyen Budapest untuk menguatkan undang-undang domestik dan memupuk kerjasama antarabangsa dalam memerangi jenayah siber.

    Amerika Syarikat dan Malaysia berjanji untuk mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala. Kedua-dua pemimpin ini menekankan kepentingan memperluas kerjasama dalam bidang keutamaan, termasuk keselamatan maritim, anti-keganasan, dan perkongsian maklumat antara pasukan pertahanan dan keselamatan kita. Mereka komited untuk mencari peluang tambahan untuk latihan bersama. Kedua-dua pemimpin itu juga menekankan kepentingan meningkatkan kesedaran domain maritim melalui pembangunan keupayaan maritim seperti pengawasan, komunikasi, dan perkongsian maklumat, dan menyatakan niat mereka untuk meneruskan perbincangan mengenai pembiayaan aset melalui mekanisme yang paling berkesan untuk membangunkan keupayaan ini dalam usaha untuk memajukan keselamatan serantau. Presiden Trump menyambut baik hasrat Malaysia untuk membuat tambahan sebanyak AS$60 juta dalam mendapatkan pertahanan dari Amerika Syarikat.

    Mereka membincangkan keperluan untuk menamatkan krisis kemanusiaan di Myanmar. Kedua-dua pemimpin menyeru menamatkan keganasan yang mensasarkan penduduk awam, dan membincangkan keperluan untuk tindak balas masyarakat antarabangsa yang kuat untuk beratus-ratus ribu individu yang telah menjadi mangsa dan menjadi pelarian kerana keganasan, termasuk mereka yang telah tiba di Bangladesh. Kedua-dua pihak menggesa kerajaan Myanmar untuk menamatkan keganasan terhadap orang yang tidak bersalah dan memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mangsa dengan segera.

    Presiden Trump dan Perdana Menteri Najib mengadakan perbincangan konstruktif tentang kepentingan tadbir urus yang baik dan aliran bebas maklumat untuk kemakmuran dan persekitaran perniagaan yang positif. Mereka juga membincangkan kepentingan melindungi hak asasi manusia, termasuk kebebasan bersuara dan kebebasan beragama. Amerika Syarikat mengalu-alukan komitmen Malaysia untuk meningkatkan pendakwaan terhadap perdagangan manusia, serta penilaian yang dipercepat dengan tujuan untuk meningkatkan dengan ketara jumlah mangsa perdagangan yang diberikan kebebasan bergerak.

    Kedua-dua pemimpin itu menyambut baik hubungan antara rakyat yang terus kukuh, terutamanya pertukaran akademik menerusi Program Pertukaran Fulbright. Mereka mengiktiraf jumlah pelajar sarjana dan siswazah Malaysia yang semakin ramai belajar di Amerika Syarikat, yang kini berjumlah hampir lapan ribu. Mereka menjangkakan akan menandatangani Memorandum Persefahaman untuk meneruskan program Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fulbright, salah satu yang terbesar di dunia, sehingga 2020.

    Kedua-dua pemimpin itu membincangkan komitmen mereka untuk mengukuhkan lagi Perkongsian Komprehensif untuk mempromosikan keamanan, kestabilan, kemakmuran, dan konsensus antarabangsa di rantau Asia-Pasifik dan di seluruh dunia.

    Link asal artikel:
    https://www.whitehouse.gov/the-press-office/2017/09/13/joint-statement-enhancing-comprehensive-partnership-between-united

    Subjects:

  • No Comment to " Kenyataan Bersama Najib-Trump Kukuhkan Hubungan "