• Kekuatan SUPP Untuk Rampas Sarikei Adalah 'Bersatu'

    Published: Thursday, 14 September 2017
    A- A+

    KUCHING : Sifat bersatu hati merupakan satu kekuatan bagi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam usaha untuk memenangi Parlimen Sarikei pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

    Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo menyatakan SUPP semakin matang setelah pelbagai dugaan melanda dalam kepimpinan parti sebelum ini.

    "Setelah mengharungi masalah dalaman parti sejak sekalian lama, kepimpinan Datuk Sim Hui Kian sebagai presiden parti mengubah struktur parti kepada lebih baik.

    "Parti mula menunjuk langkah positif untuk membawa kepercayaan masyarakat cina kembali menyokong perjuangan parti," katanya kepada sarawakiana.net.

    Menurut Teng lagi, SUPP semakin bergerak kehadapan demi kepentingan rakyat.

    "Kekuatan SUPP kini disebabkan ahlinya bersatu serta mengukuhkan lagi parti bagi memenangi kerusi parlimen terutama Sarikei.

    "Dengan bersatu, semangat berpasukan akan menjadi semakin utuh agar agenda menawan Parlimen Sarikei dapat dicapai," ujarnya lagi.

    Tambahnya lagi, hubungan SUPP dan parti komponen BN semakin utuh dan hal yang sedemikian SUPP sedia membantu dan bekerjasama komponen BN untuk memenangi pilihanraya akan. datang.- Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Kekuatan SUPP Untuk Rampas Sarikei Adalah 'Bersatu' "