• Kebakaran Tahfiz: 7 Fakta Susulan Penahanan Suspek

    Published: Sunday, 17 September 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Berikut tujuh fakta ringkas yang dipetik daripada sidang media khas oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah:

    1. Kebakaran akibat khianat berpunca daripada tindakan ejek mengejek di antara suspek dengan penghuni asrama pusat tahfiz.

    2. Semua tujuh suspek yang ditahan berusia di antara 11 dan 18 tahun dan tidak bersekolah.

    3. Enam daripada mereka positif dadah jenis ganja dan dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan merusuh dan curi kenderaan.

    4. Polis sahkan dua tong gas yang ditemukan di tingkat dua dibawa naik dari tingkat bawah.

    5. Polis rampas lima helai seluar dan baju, empat topi keledar, tiga motosikal dan tiga telefon bimbit.

    6. Pelajar tahfiz yang ditahan sebelum ini bukan suspek, tidak mengenali suspek dan terselamat daripada menjadi mangsa kerana tidur di surau pada hari kejadian.

    7. Rakaman CCTV premis berhampiran bantu dalam memberi petunjuk terhadap penahanan semua suspek. – Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Kebakaran Tahfiz: 7 Fakta Susulan Penahanan Suspek "