• 'Kami Mempunyai Calon Wanita Dalam Fikiran' - Masing

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+

    Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing masih berahsia mengenai calon yang akan ditampilkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Beliau berkata, senarai nama calon yang akan mewakili parti tersebut sudah diserahkan kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

    "Saya tidak akan maklumkan (calon). Nama sudah dikemukakan," katanya.

    Ditanya mengenai calon wanita yang akan ditampilkan PRS, Masing cuma berkata "Kami mempunyai calon wanita dalam fikiran" namun tidak memberitahu calon tersebut.

    Sebelum ini nama Ketua Wanita PRS Dato Sri Doris Sophia Brodie disebut-sebut sebagai calon wanita pertama akan dipertaruhkan parti tersebut pada PRU14.

    Beliau kini Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak dianggap sebagai calon yang paling berpengalaman, Doris juga merupakan bekas Senator dan Timbalan Speaker Dewan Negara.

    Meskipun nama Doris belum diumum mana-mana pemimpin, namun di peringkat akar umbi nama beliau dianggap sebagai srikandi yang paling dominan dalam parti itu.

    Pada PRU ke 13, PRS memenangi kesemua enam kerusi Parlimen miliknya; Sri Aman, Lubok Antu, Julau, Kanowit, Selangau dan Hulu Rajang. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " 'Kami Mempunyai Calon Wanita Dalam Fikiran' - Masing "