• 'Kami Bantu Anda Tapi Jangan Kacau Kami' - Masing

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+

    Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan sentiasa berjuang dan memberikan kerjasama kepada parti komponen Barisan Nasional (BN untuk memenangi kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

    Menurut Presiden PRS, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing, sebagaimana Parti Progresif Demokratik (PDP) dibantu, beliau berharap untuk mendapat sokongan balas terbaik daripada PDP bagi enam kerusi Parlimen yang akan ditandingi PRS nanti.

    "Kerjasama itu telah terbukti dengan kejayaan menawan Tasik Biru pada Pilihan Raya Negeri Ke-18 (PRN) tahun lepas," katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, PRS akan membantu PDP pada PRU14.

    "Kami akan membantu PDP dan Datuk Henry pada pilihan raya akan datang namun kami mahukan sesuatu.

    "Kami bantu anda di sini, tetapi anda jangan kacau kami di tempat lain. PRS ada enam kerusi, jadi bantulah kami bertanding secara sihat.

    "Semuanya tentang BN dan kita berjuang untuk perkara yang menjadi milik kita dan kesediaan membantu parti komponen lain yang memerlukan bantuan," ujarnya.

    Henry yang merupakan ahli Majlis Tertinggi PDP memberitahu bahawa pihaknya telah memainkan peranan yang penting dalam kesatuan BN di Tasik Biru.

    Tambah Henry, PRS bersama parti komponen lain seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah memberikan sokongan terbaik dan telah memberikan kemenangan kepada PDP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tasik Biru. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " 'Kami Bantu Anda Tapi Jangan Kacau Kami' - Masing "