• 'Kalau Confirm Ada Isi Saya Akan Beritahu' - Nedim

    Published: Wednesday, 13 September 2017
    A- A+

    Siapa je tak kenal dengan pelakon sensasi, Nora Danish kan? Dia kini kelihatan bertambah bahagia selepas enam bulan melayari bahtera perkahwinan dengan suami tercinta, Nedim Nazri Aziz.

    Baru-baru ini timbul khabar mengatakan pelakon berkenaan kini sudah berbadan dua apabila dilihat ada perubahan pada tubuh badannya dalam satu posting yang dimuat naik di laman instagram.

    Menerusi posting tersebut, netizen mula mengatakan kononnya Nora sudah berbadan dua apabila terdapat penampakan seakan ‘baby bump‘ pada susuk tubuh pelakon berkenaan.

    Bagaimanapun, menerusi satu mesej daripada suami Nora, Nedim kepada sebuah portal online telah memberi reaksi kepada perkara itu.

    Dia meminta agar para peminat memberi sedikit masa dan ruang kepada mereka sebelum membuat apa-apa pengesahan tentang perkara itu.

    “InsyaAllah, kalau confirm ada isi (hamil) saya akan beritahu,” katanya dilaporkan mStar Online.

    Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac yang lalu dalam sebuah majlis tertutup selepas lebih kurang 3 tahun menjalin hubungan cinta.

    Hmmm…kalau dah betul tu jangan lupa share ya. Berita baik tak salahkan dikongsi bersama. Apa-apa pun happy selalu ya hendaknya buat pasangan ini. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

    Subjects:

  • No Comment to " 'Kalau Confirm Ada Isi Saya Akan Beritahu' - Nedim "