• Juruterbang Silap Bawa Pasport, Penerbangan Tunda

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+

    Lebih 150 penumpang terkandas selama 15 jam di lapangan terbang Chengdu Shuangliu di China selepas pesawat ke Los Angeles terpaksa dibatalkan disebabkan juruterbang tersilap membawa passport.

    Sebelum itu, mereka terkandas di dalam pesawat Hainan Airline selama sejam dan disebabkan kesilapan juruterbang, mereka diminta turun dari pesawat dan menunggu pesawat lain.

    Berdasarkan jadual, Hainan Airline dijadualkan berlepas ke Los Angeles pada 9.15 malam namun kesilapan itu menyebabkan penumpang hanya dapat menaiki pesawat pada tengahari keesokannya.

    Salah seorang penumpang, Li berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan pesawat itu bahawa juruterbang terbabit tersilap membawa passport peribadi, bukannya passport perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kerja-kerja penerbangan.

    Berikutan kejadian terbabit, penerbangan itu menawarkan pampasan sebanyak RM318 kepada setiap penumpang.

    Bagaimanapun Hainan Airlines enggan menyatakan punca kelewatan terbabit dan susulan kejadian itu juga, penerbangan tersebut kini disiasat oleh pihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Juruterbang Silap Bawa Pasport, Penerbangan Tunda "