• Johor Dibenar Guna Ruang Udara Korea Utara

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+

    JOHOR BAHRU- Tunku Ismalil Sultan Ibrahim telah menerima kunjungan Charge D’Affairs Korea Utara, Kim Yu Song, di Istana Bukit Serene, Johor, semalam, Selasa.

    Pertemuan ini membincangkan hubungan dua hala dan juga mengenai isu semasa dunia

    Di samping itu, mereka turut membincangkan perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan AFC Asian Cup UAE 2019 Peringkat Kumpulan B di mana kedua-dua pasukan akan menjamin keselamatan para pemain dan pegawai pasukan.

    Hasil pertemuan itu juga menyaksikan Tunku Mahkota Johor diberi penghormatan istimewa iaitu kebenaran sepenuhnya untuk menggunakan ruang udara terus dari Johor ke Pyongyang pada bila-bila masa sahaja sekiranya baginda ingin melawat negara Korea Utara.

    Ini merupakan satu penghormatan tertinggi kerana sebelum ini, mana-mana pihak di dunia ini adalah perlu untuk berhenti di Beijing terlebih dahulu.

    Dalam satu kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers berkata:

    “Perbincangan tersebut membuahkan hasil yang sangat positif di mana pada masa yang sama, Tunku Mahkota Johor turut memberi ucapan antara dua pemimpin iaitu antara baginda dan pemimpin tertinggi Korea Utara.

    “Ini merupakan satu penghormatan tertinggi kerana sebelum ini, mana-mana pihak di dunia ini adalah perlu untuk berhenti di Beijing terlebih dahulu. ALLAH Peliharakan Sultan,” petik kenyataan itu lagi.

    - MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Johor Dibenar Guna Ruang Udara Korea Utara "